Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.
Suatu saat,Nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang
terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu
haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri
mueeza dari jubahnya.Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan
merunduk kepada majikannya. Sebgai balasan, nabi menyatakan kasih
sayangnya dengan mengelus lembut ke badan comel kucing itu.
Dalam
aktiviti lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi
selalu menggendong mueeza dan di taruh dipahanya. Salah satu sifat
Mueeza yang nabi sukai ialah, ia selalu mengiaw ketika mendengar azan,
dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara
azan.Bahkan kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing kesayangan layaknya menyanyangi keluarga sendiri.
Hukuman
bagi mereka yang menyakiti haiwan lucu ini sangatlah serius, dalam
sebuah hadis sahih Al-bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang
tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya
untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman
bagi wanita ini adalah azab neraka.
Beberapa
diantara orang terdekat nabi juga memelihara kucing. Aisyah binti
abubakar shiddiq, isteri nabi amat menyayangi kucing, dan merasa amat
kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. Abdul Rahman bin Sakhr
al Azdi. diberi gelaran Abu huruyrah (bapak para kucing jantan), kerana
kegemarannya dalam merawat dan memelihara pelbagai kucing jantan
dirumahnya. "
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Nama :
Umur :